Powered by Blogger.

Featured Slider

Haiiii.. I'm BACK!!!!!

 Assalammualaikum semua.. 


Ada yang rindu ke dekat nor? Rasanya lama dah nor tak menulis di ruangan ini.. Kalau nak beri alasan, memang terlalu banyak alasan kan.. Tapi biarlah yang dah berlalu, kini nor kembali dengan misi dan semangat yang baru. 


Selamat berpuasa buat semua. Semoga ramadhan kali ni membawa 1001 rahmat dan kebaikan buat kita semua. 

ra global


Jangan lupa solat terawikh yang takkan dapat di bulan yang lain. Hanya ada di bulan ramadhan. 


Nantikan post seterusnya ya... Sebabbbbb banyak sangat promosi yang nor nak beritahu korang ni.


See ya next post...

Blender boleh masak?? Apa tu?

Haaa.. ni la nor nak cerita ni. Ada blender baru hadir dalam hidup nor. Kita kisar-kisar, dan terus masak je dalam blender tu.. Blendernya pulak saiz normal je wak..



Tapi dalam blender ni, bolehla masak 7-8 ketul ayam yang potong 14 tu. Sedang elok untuk saiz family nor 2 orang dewasa dan 4 kanak-kanak.




Tapi awak janganlah rasa sesuai untuk keluarga saiz macam nor je.. Blender ni banyak kegunaan dia. Dekat blender ni ada fungsi :



✅ Nak buat smoothie, masuk bahan terus tekan smoothie.


✅ Nak buat bubur, masuk bahan , tekan je porridge.


✅ Nak buat air soya, boleh tekan soy


✅ Nak kisar bahan kering, boleh tekan grind


✅ Nak kisar daging pun boleh


✅ Biasanya buat kuah laksa, rebus ikan, buang tulang ikan,lepas tu kisar dan tapi kan?? Yang ni tak perlu dah, kisar je terus dalam tu lepas rebus..pastu masukkan bahan-bahan lain.. Sebab dia kisar sampai hancur lumat tulang ikan tu.


✅ Nak masak-mask lauk, tekan steam


✅ Nak buat teh/kopi pun boleh guna mesin ni


Pendek kata, thermal blender ni akan bantu mudahkab tugasan di dapur.. Lagi-lagi supermom yang pergi dapur siap dukung anak atau anak yang dok melekat je kat kaki.


Risiko kuali nak terbalik pun boleh dielakkan.


Dah panjang lebar nor tulis ni, korang pertimbangkanlah ya.. nanti boleh tengok detail dan beli di sini http://kisardanmasak.com


Nak pm atau wasap nor dulu pun boleh..☺️☺️

https://HMblender.wasap.my

https://HMblender.wasap.my

https://HMblender.wasap.my



#megahomemate

Jualan sempena tahun baru 2023

 Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.


Hari ni nor nak bagitau korang pasal JUALAN DAG SEMPENA TAHUN  BARU 2023. Jualan kali ini ada produk serendah RM7 ye. Bukan kaleng-kaleng harga yang ditawarkan tu.


Ok jom kita lihat apa yang ada ye.










Korang semua boleh buat belian di sini ye.

SELAMAT TAHUN BARU 2023

 Assalammualaikum semua.


Alhamdulillah untuk 365 hari di tahun 2022 yang telah kita lalui dengan penuh dugaan, kejayaan, suka dan duka, tawa dan tangisan. Semua ini menjadi memori kita untuk teruskan kehidupan yang mendatang.


Pelbagai isu berlaku sepanjang 2022 tapi kita ambil ia sebagai pengajaran buat kita lebih berjaya dan menjadi insan serta hamba yang lebih baik di tahun 2023. Tidak siapa yang dapat mengubaj kehidupan kita melainkan diri kita sendiri.



Owh ye.. Nantikan promosi kejutan tahun 2023 ya. Banyak yang istimewa buat anda. Jangan ketinggalan untuk like dan follow page Rash Houz ye untuk info terkini berkenaan promosi DAG.

2110 biji bantal DAG jadi pilihan sebuah syarikat sebagai hadiah penghargaan kepada staf

Wahhhhh... 

 

Memang terbaik syarikat hadiahkan buat para pekerja ni.. Mana-mana syarikat yang nak bagi hadiah akhir tahun buat pekerja, atau mana-mana bos nak hadiahkan buat anak buah tu ,bolehla buat kelainan sikit tahun ni..


Hadiahkan bantal hotel DAG.. Roger nor tau..


www.wasap.my/60196125530/hadiahakhirtahunDAG

 
===============================================================


2110 BIJI BANTAL DAG HADIAH AKHIR TAHUN UNTUK STAFF
.
Alhamdulillah rezeki hari ini, DAG dapat order sebanyak 2110 biji bantal untuk dijadikan hadiah perhargaan akhir tahun kepada staff 😍 Bantal DAG pun dah ready ni, tinggal nak packing satu-satu je 😍
.
Terima kasih kerana terus support produk-produk DAG.
Nanti admin payung gambar suasana kemeriahan packing nanti okey 😉
.
.
Akhir tahun ni jom lah buat kelainan, selain dari dapat bonus, hadiahkan bantal kepada staff-staf anda dan semoga dengan mereka tidur menggunakan bantal DAG setiap malam, mereka bangun lebih bertenaga, semangat yang baru untuk mulakan kerja di 2023. Amin🤲
.
Berminat hadiahkan bantal kepada team anda ?


Komen NAK atau tekan icon TEMPAH SEKARANG ye.









PENDAFTARAN AHLI @ DROPSHIP DAG , KLIK SINI

PROMOSI TUALA DAG. JIMAT SEHINGGA 25%

 

YEAR END SALE DAG KEMBALI LAGI!
.
Siapa yang dah pernah guna Towel DAG Home confirm tahukan , Towel ni memang SUPER SERAP! LEMBUT! TEBAL! DAN CUKUP BESAR!
 


 
.
Bagi anda yang baru nak mencuba towel DAG Home, inilah masa yang paling sesuai untuk anda grab Towel DAG Home sebab DAG nak bagi harga SUPER DUPER JIMAT sempena Year End Sale!
.
Dan bagi anda dah ada, tambah lah lagi koleksi, tak rugi pun, Untung lagi ada!!
Ish, tak nak cakap banyaklah… Yang penting, JANGAN TERLEPAS PELUANG untuk dapat harga SUPER DUPER JIMAT!
.
Macam mana nak order?

Boleh klik  'beli sekarang' untuk tuala 30x60 inci


Atau 'klik sini untuk beli' untuk saiz 40x60 inci



CRAZY SALE DAG 11.11 : DAPATKAN BANTAL DAG SERENDAH RM11 SAHAJA

 Assalammualaikum semua.


Sale 11.11 DAG datang lagi. Kali ini ada pelbagai produk DAG tawarkan dan yang menariknya ada bantal serendah RM11.00 sahaja.



Ini kalilah masanya anda dapat rasai produk DAG serendah RM11.00 sahaja.


Produk RM 11

1. Mini Kapok

2. Mini Microfibre

3. Bantal Mboss

4. Bantal Begae Seomyue


Bantal mini kapok dan mini microfibre adalah bantal yang bersaiz kecil dan sesuai untuk dibawa bersama di dalam perjalanan atau kenderaan and. Boleh digunakan untuk bayi dan kanak-kanak.


Bantal Mboss dan Begae Seomyu pula adalah jenis bantal yang agak lembut dan rendah. Pada mereka yang suka bantal rendah, dua-dua jenis bantal ini adalah sesuai buat anda.

 

Bagi penggemar bantal tinggi, ZEN PILLOW adalah pilihan terbaik buat anda. Isian padat bantal ini membolehkan anda mendapat tidur yang selesa buat diri anda. Bonus bagi bantal ini ialah ia boleh di basuh mesin. Harga biasa untuk 4 biji adalah RM152. Tetapi promosi kali ini, anda boleh jimat RM41.00 untuk set ini. Berbaloi sangat kan.

 


 


 

haaaaaa.. Peminat bantal hotel 5 bintang boleh rebut bantal microfibre ni. Harga biasa sebiji bantal ini adalah RM89.70 sebiji tapi pada kali ini ia berharga RM79.90 dan lagi mengejutkan ialah anda beli 2 biji bantal pada 1 harga iaitu RM79.90 sahaja. Penjimatan berganda. Buat apa bayar lebih jika anda boleh jimat banyak pada 1 masa.

 

Nak rasai keaslian bantal bulu itik? Boleh beli bantal bulu itik keluaran DAG. 100% bulu itik asli dan bukannya bulu itik sintetik. Bantal ini sangat untuk dicuba kerana kebanyakkan bantal bulu itik di luar sana adalah dari jenis bulu itik sintetik.


JADI JANGAN PELUANG ANDA UNTUK JIMAT BERGANDA. STANDBY ESOK JAM 9 MALAM.. KITA SERANGGGGGG!!!

PROMOSI NOVEMBER 2022 : POTONGAN SEHINGGA 70%

 Alhamdulillah..


Dah masuk bulan November rupanya. DAG ada tawaran istimewa untuk bulan November.


Jom kita lihat apa tawaran istimewa yang DAG tawarkan untuk pelanggan setia dan pelanggan baru DAG.


 

 


 

CEPAT GRAB TAU.. SIAPA CEPAT DIA DAPAT.. ;-)

Siapa pemilik blog Bantal Hotel Harga Borong ni?

 Assalammualaikum dan salam sejahtera.

 

Alhamdulillah bertemu lagi di entry terbaru blog Bantal Hotel Harga Borong. Terima kasih buat anda yang selalu view blog nor yang mana kini telah menghampiri angka 120,000 pageviews.


Nama sebenar nor adalah Nor Rasidah Sidek dan pada tahun ini telah menginjak ke usia 36 tahun. Alhamdulillah masih berbahagia dengan insan kiriman ALLAH bernama suami dan dikurniakan 4 orang cahayamata.

 


 

Nor dah bersama DAG dari tahun 2016 dengan bermula sebagai agen selepas sebulan DAG mula beroperasi iaitu pada Mac 2016. Masa kenal DAG tu sebab support kawan jual bantal hotel. Ye la kan, waktu tu mana ada jual bantal hotel kat luar melainkan dekat hotel tu sendiri. Asal nak rasa bantal hotel je kena check in hotel kan..hahaha

 

1st annual dinner DAG tahun 2018


Lepas kenal bantal DAG, tak perlu pergi check in dah sebab tidur dah selesa dengan bantal hotel DAG walaupun masa tu masih beralaskan toto je tidur dekat rumah. DAG berkembang dan terus berkembang dari 1 jenis ke 14 jenis bantal yang korang boleh pilih untuk tahap keselesaan yang berbeza bagi setiap individu.


Nor dulu merupakan seorang jurutera tapak dari tahun 2011 selepas graduasi dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam bidang kejuruteraan awam. Alhamdulillah, habis je praktikal terus di serap masuk sebagai "junior engineer" memandangkan Nor merupakan pelajar tajaan syarikat yang nor buat latihan industri.


Selepas bekerja 5 tahun, nor ambil keputusan untuk meletakkan jawatan kerana tidak mampu untuk bekerja jarak jauh dengan keluarga sekali lagi. Namun begiru,rezeki ALLAH itu luas. Nor ditawarkan menjadi QA/QC Engineer bagi projek lain berhampiran rumah. 


Tetapi nor hanya sempat memberi khidmat selama 9 bulan setelah disahkan hamil anak ke-3. Mungkin juga faktor usia pada ketika itu dan sebab ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buat nor, nor resign ketika kandungan menginjak usia 4 bulan. Namun pada ketika ini, nor telah ada pendapatan sampingan dengan DAG.

 

Alhamdulillah dari oktober 2016 sehingga sekarang, nor merupakan seorang suri rumah yang menjual produk di atas talian. Dapat uruskan keluarga dan anak-anak dalam 1 masa merupakan rezeki yang tak ternilai. Walaupun  nor belum berjaya seperti yang lain, tapi nor sangat bertuah kerana ada kebebasan masa untuk melakukan itu semua.

 

5 tahun nor dapat jaga mak yang strok. Masa arwah abah pun , nor berada bersam abah di nafas terakhir beliau. Bayangkan "wishlist" yang nor buat pada tahun 2015 dikabulkan ALLAH. dapat jaga dan bersama hingga keakhir nyawa mak dan abah. Cuma arwah mak meninggal di hospital. Tapi syukur juga dapat iring mak masa dimandikan, dikafankan serta berada di sisi mak semasa perjalanan dari hospital ke rumah kampung. Perasaan syukur yang t ak mampu nor gambarkan. Terima kasih Ya Allah atas semua pengalaman ini.


Terima kasih buat suami dan anak-anak yang banyak berkorban dan sentiasa menyokong insan yang mereka sayang. Terima kasih adik beradik, sahabat handai, saudara mara dan jiran tetangga yang sentiasa support nor dalam berniaga. Teruskan sokongan anda ye.. Semoga ALLAH kurniakan rezeki yang berkat dan dipermudahkan segala urusan.










Kalau kawan-kawan nak buat belian terus pun boleh terus ke laman web ni ye.

 

https://daghomecollection.com/Shopping/RAGHQ

 

https://daghomecollection.com/Shopping/RAGHQ

https://daghomecollection.com/Shopping/RAGHQ


Popular Posts